8 tip miliki tubuh sempurna:
* Pastikan anda tahu kandungan makanan yang diambil
* Elak menahan lapar semata-mata tidak mahu gemuk.
* Kurangkan kadar sajian makanan yang selama ini menjadi menu tetap.
* Makan banyak produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Kurangkan penggunaan garam dan gula.
* Lakukan aktiviti senaman secara berkala.
* Nikmati gaya hidup sihat seperti beriadah, bersenam serta amalan gaya hidup sihat.
* Minumlah banyak air terutama air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
INFO: Langkah penjagaan diet
* 1. Bagi mengelak berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
* 2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi daripada 28 peratus kepada 48 peratus
* 3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah tenaga.
* 4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak polyunsaturated tidak lebih 10 peratus dan lemak monounsaturated pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus.
* 5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari30mg sehari.
Daripada apa yang telah diperkatakan di atas jelaslah bahawa maklumat dan informasi adalah sesuatu yang amat penting terutamanya dalam proses anda untuk menurunkan berat badan. Tidak guna berhabis ratusan ringgit setiapbulan sekiranya amalan pemakanan kita salah.
Sumber: Berita Harian 30/01/09
Tiada ulasan:
Catat Ulasan