Isnin, 4 April 2011

Aku dalam kesedihan.. adik aku diagnose kanser tahap 4..

Haruskah aku gembira? tentulah tidak!!!
Petang ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kampung.. adik aku telah didiagnose... kanser hati tahap 4.. telah merebak ke paru-paru dan buah pinggang...

dan perkara ini telah ku jangka kerana.. dia sekarang telah berada di hospital dah lebih kurang sebulan.. semalam ct scan telah dilaksanakan.. dan result telah diterima pada petang ini..

Ya ALLAH.. tabahkanlah hatiku dengan berita ini... yang aku kasihankan.. mak aku.. asyik menangis sepanjang masa..

Adik aku muda lagi.. baru berumur 25 tahun.. berkahwin tahun lepas.. belum pun sampai setahun...

Qadaq dan Qadar ALLAH... kami terima seadanya..

#Doakanlah agar adik ku cepat sembuh. Semoga doa kalian dimakbulkan ALLAH.. aminn..#


Klik2 la ek...


1 ulasan: