Ahad, 24 Mei 2015

JUs Grapefruit atau Limau Gedang yang berkhasiat

Assalamualaikum Uollss...

Pekabar hari ni? Sihat? Sakit? Stress? Rasa tak tenang? 
Hey.. Jangan la macam tu.. Hidup kena sentiasa tenang.. Baru dapat jalani kehidupan dengan baik.. Tul tak?

Ok.. Kita kongsi2 ilmu hari ni.. Nak tak? Iolss nak tanya.. Uolss pernah ke tak dengar tentang grapefruit? Hey.. Bukan buah anggur tau.. Atau org sebut jugak buah limau gedang.. Atau Nama saintifiknya ialah citrus paradisi.. Rupanya seakan oren yg besar..bulat.. Lagipun.. Harganya lagi mahal..


Ni ler rupa buahnya.. Rasanya sedikit pahit tapi sedap...

See.. Penuh dengan khasiat...

Buah limau gedang pertama kali ditemui di di hutan pulau Caribbean, Barbados. Pada hari ini buah lime gedang ditanam secara meluas di Amerika Starikat terutama di California, Florida dan di negeri-negeri Selatan yang beriklim semi tropical. Ia juga dikenali sebagai buah dari syurga kerana keunikannya untuk kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit.

Limau gedang tergolong dalam keluarga Rutaceace. Pokok Limau gedang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Buahnya berbentuk bulat, kulitnya lebih tebah berbandiing buah oren. Buah limau gedang terdiri daripada pelbagi jenis yang mana ditentukan oleh warna isinya. Ada yang berwarna merah, putih dan merah jambu. Rasanya juga tidak sama. Ada yang rasa masam dan juga sedikit pahit.

Ada caranya untuk kita makan buah limau gedang dengan cara yang plaing berkesan. Apabila mahu memakannya, buang kulitnya dan tinggal sedikit serabut putih kerana ia mengandungi bioflavonoid yang bertindak sebagai antioksidan. Jom kita tengok apa pula khasiat buah limau gedang ni...

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)

#1 Kaya dengan Vitamin C yang mana sumber anti kanser yang baik. Vitamin C merupakan anti kanser semulajadi yang paling berkuasa yang membantu tubuh membina rintangan melawan agen jangkitan penyakit dan melawan serangan radikal bebas.  Ia membantu melindungi tubuh dari demam dan selesema. Vitamin C juga membantu menguatkan arteri dan mengekalkan keanjalan arteri. Vitamin C sangat diperlukan penyenggaraan tisu-tisu yang berhubung dengan kesihatan dan untuk penyembuhan luka pada peringkat awal serta 

#2 Mengandungi asid sitrik, gula asli,  minyak pati seperti limonene, pinene dan citral

#3 Mengandungi Vitamin A, B-complex, Vitamin E dan Vitamin K

#4 Terdapat kandungan mineral seperti asid folik, kalsium, kalium dan fosforus.

#5 Buah limau gedang merah kaya dengan fitonutrien antioksidan yang paling berkuasa seperti flavanoid dan lycopene  yang berfungsi sebagai untuk melawan serangan radikal  bebas yang merosakkan sel-sel tubuh sekaligus menentang kanser dan pelbagai penyakit lain lagi. Kajian menunjukkan lycopene membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV dan sebagai pelindung kanser prostat.

#6 100g buah segar mengandungi 135mg elektrolite potassium. Potassium ialah nutrien yang sangat penting yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit di dalam tubuh. Ia membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah melalui tindak balas kesan-kesan natrium. Kekurangannya boleh meyebabkan keletihan, mudah marah dan hypertension (meningkatkan
tekanan darah).

#6 Ia kaya dengan fiber yakni serat pemakanan yang tidak larut iaitu pektin. ia berfungsi membantu melindungi selaput lendir usus besar (colon) dengan mengurangkan pendedahan kepada toksik di dalam kolon sekaligus bertindak sebagai pengikat bahan kimai yang menyebbakna kanser usus. Pektin di dalam buah limau gedang mampu menurunkan paras kolesterol di dalam darah dengan mengurangkan penyerapan koleterol di dalam kolon (usus besar).

#7 sesuai untuk pesakit diabetes - pemakanan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kandungan kanji dan gula di dalam sistem nadan

#8 Membantu mengatasi masalah pencernaan - meminum jus buah limau gedang mampu merangsang peningkatan aliran cecair gastrik. Serat buah liamu ini membantu mengatasi masalah pergerakan usus.

#9 Membantu menghilangkan rasa letih -Segelas jus limau gedang membantu menghilangkan rasa letih dan lesu.

#10 Jus limau gedang membantu merangsang tidur dan menringankan masalah insomnia. Ia juga mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk.

So.. Hari ni.. Iolss minum 2 cawan jus limau gedang.. Buat sendiri ler..

2 biji..
Sebiji dapat secawan jus..
Sedap..segar je rasanya...


Potong 2.. Then squeeze je..

Serdak2 tu jangan buang tau..
Boleh makan.. Campurkan je sekali dalam jus... Ianya penuh khasiat..

 Tada... 
Boleh minum dengan senang hati..

Actually..saya minum jus ini pagi ni sebab kepala rasa weng..pening2.. Lepas minum..rasa pening hilang..
Uolss cubalah.. Minum sejuk2 sedap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan