Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Apa Khabar Semua...

Apa Khabar Semua...

Resipi Peria Goreng Rangup yang penuh khasiat untuk kesihatan..

7:43:00 PTG

Assalamualaikum uolss..

Malam ni..iolss nak kongsi lagi ilmu bermakna.. Org kata.. Bila ilmu ni di kongsi.. ianya takkan hilang.. Malahan akan lebih berkembang dan bermanfaat..

So.. Iols nak kongsi pasal sayur peria.. Atau buah peria.. Ianya ada macam2 jenis.. Tapi yang glemer of coz ler peria biasa yang hijau muda tu dan peria katak...

Ni peria biasa yang kurang pahit.. Warna hijau muda.. Dan senang didapati di pasar..

Yang ni plak peria katak.. Sinonim dalam perubatan dan petua2 traditional...

Okey..
Sebelum kita tengok apa khasiat buah pahit ni... Kita usha dulu resipi peria goreng sedap ni ye.. Iolss buat sendiri tau...


Iolss potong dua 2 biji peria.. Then buang biji dengan hujung batang sudu.. Korek2 sikit.. 
Then potong bulat.. Jgn tebal dan jangan nipis sangat..Kita rendam dulu peria yang dipotong bulat ni dalam 3 sudu garam dan 1 sudu gula.. 
Sebab kita rendam? Of coz la nak hilangkan rasa pahit peria ni.. Actually.. Bila saya rasa.. Ianya takde la pahit sangat pun.. 
Rendam dulu dalam 15 minit ye.. Iolss tak rendam lama sbb dah tak sabar nak goreng.. Tak sabar nak makan.. Hehehe..


Okey..
Masukkan 5 sudu besar tepung beras..
Masukkan juga 2 sudu tepung jagung..
Sesudu serbuk kari.. Kunyit.. Lada hitam.. Serbuk cili..
Setengah sudu garam..
Gaul sebati.. Then masukkan sikit air.. Tak mo pekat sangat dan cair sgt..

Gaul2 sebati.. Goreng dalam minyak panas...




Tada...
Dah siap goreng dan ready utk di ngap..
Sedap wei.. Tak tipu.. Rasa cam rugi je sbb baru sekarang terdetik hati nak makan buah@sayur yang berkhasiat ni...

Okeh.. Jom tgk khasiat peria..
Iolss copy paste dari blog kawan sebelah... Heheheh...

Peria pahit tapi berkhasiat

Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya.

Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada empat atau lima biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.

Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap dan mampu meningkatkan selera makan.

Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak.

Khasiat makanan

* Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.

* Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.

* Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.

* Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.

* Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.

Khasiat ubat-ubatan

* Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.

* Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.

* Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut.

* Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.

* Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/12/khasiat-peria-untuk-kesihatan.html#ixzz3b3WWb7IE

You Might Also Like

3 007 comments

Flickr Images

Follow Us