Korang fikir la sendiri...
10:11:00 PGSeorang amah, satu tugas
Cilok dari Utusan Malaysia Online...
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
JAKARTA 15 Mac - Amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.
Ini bermakna, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Sehubungan itu, bakal majikan di Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan kepada seorang amah sahaja untuk melakukan semua kerja di rumah mereka.
Keputusan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia yang menetapkan penghantaran Tenaga Kerja Indonesia (TKI) akan mengikut kemahiran masing-masing dalam empat bidang tertentu iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.
huhuhu...
takder maknanya la aku nak ambik bibik...
apa makna nak ambik bibik kalau....
aku jugak kena kemas rumah...
aku jugak kena cuci kain..
aku jugak kena masak..
alih2.. aku jugak kena jaga anak..
moral of the story...
korang jaga la keluarga korang sendiri..
takyah nak harapkan amah ke.. bibik ke.. babu ke..
sekurang2nya.. anak korang takder la tambah pengetahuan bahasa lain.. bahasa indon..
aku lagi prefer anak aku dihantar umah pengasuh..
sebab apa?? sebab.. pengasuh tu kan kita hantar pagi hingga petang jerk..
dan dalam waktu tu pun.. anak kita dah terjaga... tapi.. kena la pilih pengasuh yang jaga tak lebih dari 5 orang laa.. kalau lebih2.. cam anak kita tak terjaga plak..
tapi.. setakat ni... pengasuh anak aku.. ok jerk..
lagipun.. tahun depan anak aku dah masuk sekolah darjah satu..
so... sapa nak oder bibik??? heheheh...
0 007 comments