Hari ni iolss nak kongsi sikit tips..
tengah hari masa dok goyang2 kaki tadi.. capai la akhbar Utusan Malaysia..
belek Utusan Malaysia Mega.. tarikh 30 Mac 2015, Isnin..
Dalam tu mcm2 citer ler..
tapi terpanggil nak kongsi tips kat bawah ni..
5 TIPS KAWAL KEWANGAN TINGGI..
katanya dari sumber Persatuan Keselamatan Pengguna Malaysia..
tapi.. bila iolss gugel.. banyak gak blogger2 lain yang kongsi tips yang sama..
tapi takpelah ye.. berkongsi ilmu tak salah.. untuk kebaikan semua..
ni pun iolss tengok.. blog http://itinovasi.blogspot.com pun ada kongsi gak..
so.. kredit gak kat dia ye..
Okeh.. jom baca...
Tips-tips di bawah tidak akan membawa kesan jika tidak memgamalkannya dan terus boros berbelanja dan gagal mendisiplinkan diri untuk berbelanja mengikut nafsu. Bagi membantu anda menjimatkan belanja dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari.
Dah la sekarang ni semua harga barang dah naik.. penangan GST katanya... so.. uolss disarankan:
1. Kurangkan makan di luar
Tips ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga 3 kali ganda kos menyediakan makan sendiri di rumah adalah lebih baik jika anda makan dahulu di rumah sebelum keluar. Membawa bekal ke pejabat juga salah satu cara untuk anda mengurangkan makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan serta memberikan lebihan wang yang anda ada sehingga hujung bulan.
beli lauk.. masak kat umah.. lagi sedap kot.. sebab.. kat restoran tu pun.. asyik2 oder tomyam.. telo dadar.. sayur campur.. air tembikai.. daaa... kat umah pun leh buat kowt.. lagi banyak portion dia.. makan pun puas hati.. siap leh tapau untuk bawak g opis esok lagi tu.. tul dak??
2. Cata Perbelanjaan
Catat perbelanjaan harian anda, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Kaedah ini boleh memberikan anda maklumat untuk mengawal trend perbelanjaan harian. Cara ini juga membantu anda mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. Hari ini anda belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, di waktu itu anda dapat mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk dan mengubahnya.
3. Menyimpan
Ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan dengan menganggap bahawa simpanan itu sebenarnya lebihan wang setelah menolak perbelanjaan daripada pendapatan. Cara ini menyebabkan anda meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Anda perlu ubah cara berfikir dalam mengurus kewangan supaya kita tidak dibelenggu dan dijerut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan.
Perkara yang pertama anda perlu buat apabila mendapat gaji atau pendapatan lebih ialah menetapkan satu jumlah daripadanya sebagai simpanan. Saranan yang popular ialah 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan. Pastikan kita menyimpan di dalam institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tetapi kadang-kadang.
ini tebiat yang aku nak buat.. memang azam sejak kecil.. nak menabung.. tapi umur dah cecah 37 tahun ni.. takde sesen pun aku menabung.. huhuhuhu.. tak terbuat.. ye laa.. asyik abis je manjang.. dapat gaji je.. tak sampai seminggu.. dah licin.. sedeh..
4. Jaga Harta Benda
Ramai antara kita lupa bahawa membaik pulih sesebuah peralatan terutamanya yang sering dan menjadi keperluan untuk kita gunakan akan menyusutkan pendapatan dan simpanan kita. Oleh itu amat penting bagi kita untuk sentiasa menjaga dengan baik dan mengadakan penyelenggaraan berkala terhadap setiap barangan yang dimiliki terutamanya kenderaan.
Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan dan paling tidak tayar kereta akan cepat haus termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya dan pastinya anda sendiri sedar bahawa kos baik pulih kenderaan tiada yang kurang daripada RM100.
5. Kurangkan Penggunaan Kad kredit
Penggunaan kad kredit boleh menyebabkan anda berbelanja tanpa had kerana selesa dengan hakikat bahawa kad kredit ada had limit maksimum dan kita masih boleh berbelanja selagi tidak mencapai tahap itu.
ini memang ku akui.. kad kredit dalam beg tu jangan ler bawak masa g shopping.. abis duit dowh.. huhuhuhu.. seram..
Namun, sedar atau tidak, perkara itu juga menyebabkan kita alpa dalam berbelanja sehinggakan berlebihan. Apa mahu risau kita sentiasa sahaja boleh bayar setiap bulan, sangka kita. Tetapi jika anda teliti dengan lebih mendalam, anda telah menyebabkan sejumlah besar pendapatan anda hanya untuk membayar hutang dengan perfikiran demikian.
Cara nk hantar ticket ke nuffnang? masuk kt nuffnang akaun...pergi pula dkt profile settings..dkt bwh payee/full name awak tu... ada tulis send a ticket kan...klik yg tu lpas tu submit ticket....
BalasPadamterima kasih dear...
BalasPadam