Jumaat, 30 Oktober 2015

AJAIBNYA SEDEKAH WALAU SERINGGIT

Assalamualaikum semua..

hari ni kita bertazkirah sikit ye..


Cuba renung-renungkan diri..
selama kita hidup.. selama kita punya harta walaupun tidaklah berjuta..
berapa kali kita bersedekah?
berapa kali kita memberi sedikit rezeki yang bukan hak kita itu kepada yang memerlukan?
atau berapa kali kita mengomen dan mencebik tangan-tangan yang menadah memerlukan bantuan kita?

"kita sedang makan.. tetiba ada org buta datang ke meja.. mesti rasa 'annoying' kan.. ganggu je..
hey.. bukan saya cakap kat awak kawan.. saya cakap pada saya sendiri.. bila ada je org buta berpimpin tangan menuju ke meja kita.. perasaan kita terus rasa menyampah.. dah terfikir-fikir dalam otak.. duit kecik takde.. last2.. org buta tu berlalu tanpa kita beri apa2..

itu dulu.. memang itu yg saya buat.. buat2 bodoh bila org buta tu hulurkan tisu.. dia bukan meminta.. tapi menjual keringat.. tapi.. mmg saya takkan beli tisu tu.. sbb tisu dalam beg dah banyak.. mmg saya rugi.. rugi sebab tidak merebut peluang bersedekah yang tak perlu saya keluarkan wang beribu utk mendapatkan segala keajaiban yang dijanjikan Allah"

sekarang.. walau pendapatan tetap seperti dulu.. saya berazam.. ingin bersedekah.. walau sekali seminggu.. jika tiada yang datang meminta.. saya akan berusaha mencari.. saya buka fb.. instagram.. scroll posting daripada kawan2.. shared post daripada kawan2.. yang berkongsi kesusahan insan lain.. yang memerlukan bantuan.. bukan saya bersedekah beribu.. malahan ratusan pun takder.. tak sampai pun.. tapi.. niat tu.. walau tidak banyak yang saya dapat memberi.. mungkin dengan sedikit sedekah.. InsyaAllah.. dosa-dosa saya akan turut diampun Allah.. dan luahan hati saya akan didengar Allah.. dan semoga rezeki saya akan melimpah ruah.. InsyaAllah..

Daripada Salman al-Farisi ra, Rasulullah saw telah bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya di hadapan Allah memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong.” Riwayat Tirmizi

banyak keajaiban yang dikurniakan Allah dengan hanya bersedekah.. saya kongsikan coretan blogger yang menceritakan pengalaman dan keajaiban bersedekah.. semoga Allah mendengar luahan saya untuk mendapat cahayamata dan memberi imbuhan dengan pahala sedekah saya..


#1 – Mendatangkan Keampunan Allah
Saya menangis apabila ustaz sampaikan kebaikan pertama daripada sedekah ini. Berulang-ulang kali, saya memberitahu diri, “Sungguh, aku boleh meminta ampun. Ampunkan aku ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.”
Waktu itu juga, saya putuskan menghubungi semua orang yang belum melangsaikan hutang mereka dengan saya. Banyak manapun jumlahnya, saya halalkan semua. Niat saya hanya satu, semoga Allah ampunkan dosa saya.
Setiap kali bersedekah, saya ucapkan dalam hati, ‘Dengan namamu aku beri sedekah ini ya Allah. Aku mohon, ampunkan dosa-dosaku wahai Tuhan yang Maha Pengampun.’

#2 – Mengundang Penambahan Rezeki

Sesudah Allah memberi ampun, maka datanglah rezeki tidak disangka-sangka seperti yang dia janjikan. Ia bukan janji kosong, sebab ia perkara yang Allah janjikan.
Tidak perlu menunggu lama, satu per satu hasrat yang saya pasang untuk tahun 2015 tercapai. Bermula dengan kelulusan manuskrip terbaru, diikuti dengan tempoh penerbitan yang super pantas.
Semuanya benar-benar hal luar jangka. Laluan bagi saya menjadi trainer penulisan juga perlahan-lahan terbuka. Subhanallah!

#3 – Menyembuhkan Penyakit

Sepertimana Allah menjanjikan rezeki tidak tersangka, kesembuhan daripada penyakit luar biasa juga termasuk dalam kategori ini. Rezeki sihat.
Sewaktu bercerita dengan seorang sahabat mengenai sedekah, rakan saya kongsikan sebuah cerita. Katanya, ada seorang sahabat yang mendapat sakit yang rawatannya perlu kepada belanja besar.
Lalu, apabila didengarkan dengan kebaikan sedekah, dengan yakin dia sedekahkan seluruh wang yang dia miliki (asalnya untuk belanja kos perubatan).
Rezeki, tidak lama selepas itu hasil diagnosis sakitnya sudah berkurang satu tahap. Apabila dia menambah jumlah sedekahnya, dengan izin Allah sakitnya langsung sembuh. Saya terdiam mendengar cerita itu. Allah memang hebat!

#4 – Menolak Bala

Ramai yang terlupa, nikmat yang paling besar dalam rezeki adalah diberi kemudahan urusan dan dijauhkan bala. Melalui sedekah, kita menunaikan peranan saudara, iaitu memudahkan urusan orang lain. Maka, Allah membalasnya dengan memudahkan pula urusan kita, jika itu yang Dia kehendaki.
Pernah dengar cerita orang yang terselamat dari kemalangan dahsyat sejurus dia melakukan kebaikan sedekah? Saya yakin, pasti ada.

#5 – Memanjangkan Umur

Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” Riwayat Bukhari
Alangkah indahnya apabila hati kita bersih daripada sikap sombong, takbur dan bangga diri. Semoga dengan sedekah kita, ia menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit hati ini, pada ketika Tuhan rezekikan kita umur yang panjang. Amin.
kredit kepada: http://tazkirah.net/5-kelebihan-bersedekah-yang-anda-tidak-tahu/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan