Khamis, 5 November 2015

Puding Jagung Kastard Sedap

Assalamualaikum uolss..

hari ni saya masih bercuti..
dah 3 hari cuti tau.. sbb mr. husband warded.. 
doktor cakap dia kurang garam dalam darah..
so.. sempat la bermalam sehari kat sana..

ok.. sebab semua dok rehat je.. pastu cuaca mendung je.. perut rasa lapar plak..
tingin nak makan puding jagung..

hey.. walau saya ni boleh dikatakan terer masak.. tapi kalau bab2 kuih muih mmg failed..
selalu buat masakan kuih muih mesti tak jadi.. atau kalau jadi pun.. kali pertama je.. tiru bulat2 resepi.. then kalau buat kali kedua.. failed terus..

harus di ingat.. resepi ni saya copy tau.. dari http://www.aynorablogs.com/2015/01/cara-sebenar-buat-puding-jagung-kastard.html

dan gambar pun takde.. ambik dari en. gugle je.. sbb telefon buat hal.. beteri tak masuk sgt walau charge berapa lama.. so.. tefon bergantung idup kat charger ler..
tapi.. jgn risau.. memang menjadi kalau ikut resepi ni.. superb...

Bahan-bahan
(Anggaran untuk 1 keluarga 4 orang)


1 cawan tepung kastard 
1/2 cawan gula
1 tin susu sejat
1 tin jagung manis
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning (jika perlu)
1 tin air (guna tin susu sejat tadi)

1 cawan santan

Cara Sebenar Buat Puding Jagung Kastard

1) Sediakan periuk/kuali, masukkan gula dan tepung kastard, kacaukan hingga rata. Masukkan susu sejat (susu cair) dengan 1 tin jagung manis tadi. Jika nak berlemak, masukkan 1 cawan santan. Dan, kalau anda nak jagungnya nampak cantik dan lebih halus, boleh juga blender kan dia. Tak jadi masalah. Kemudian kacaukan lagi.

2) Masukkan sedikit garam untuk rasa yang lebih berlemak. Ini namanya seni masakan...
Ehsan Google
3) Masukkan air ke dalam bahan-bahan tadi. Bila semua bahan sudah sebati dan tidak berketul, boleh letakkan periuk/ kuali di atas dapur. Nyalakan api. Gunakan api yang sangat minima. Jika tidak, takut adunan berketul-ketul. Kacau lagi, perlahan-lahan.

4) Jika suka warna kuning menyala, masukkan sedikit pewarna kuning. (saya tak letak pun sbb takde.. hehehe)

5) Kacau sampai pekat dan berkilat. Ha! Berkilat itu yang cantik. Sebab kita letak gula tadi dan campuran tepung kastad yang menaikkan serinya. 

6) Angkat dan tuangkan dalam loyang. Biarkan sejuk dalam loyang seketika, baru masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk mudahlah untuk memotongnya. 


Tips Buat Puding Jagung Kastard Kuning Berkilat


# Ada juga yang tanya macam mana nak bagi puding kastad kita berkilat? Kalau nak puding lebih berkilat, letak sedikit 1 sudu tepung jagung, tapi kena lebihkan air sikit sebab tepung jagung memekatkan bahan-bahan adunan tadi. 

# Ada sesetengah orang buat puding tu terlembik sebab terlebih air. Ada kala keras sangat sebab kurang air. Jadi, ikut ukuran air guna tin susu sejat tersebut. Contohnya, kalau 1 tin susu sejat, air pun 1 tin juga. Lagi satu, gunakan kepakaran seorang wanita/ibu yang pandai mengagak sukatan. Iya...lah, dah mahir memasak. Hihi..

Ok. Bila dah tahu cara-cara sebenar buat puding jagung kastard, anda bolehlah cuba. Lebih-lebih lagi dapat tips nak buat puding jagung kastad kita berkilat.


Ehsan Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan