Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Apa Khabar Semua...

Apa Khabar Semua...

Aku Menyesal Kahwin..Tapi heheehe.. (edisi lelaki...)

5:31:00 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini cerita aku. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia (bukan nama sebenar juga). Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, menyesal gila kahwin.

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Lepastu kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.

Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tidur..." Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.Kesian aku kena buli.

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan best-best, sebab beli kat kedai. Tapi sekarang, huhu… Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang-kadang dia masak masin la, pahit la… Pastu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur je banyak-banyak. Tak makan, kecik hati pulak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, menyesal gila kahwin.

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku je nak shopping bila, kat mana, nak beli apa. Kira berbelanja tanpa was-was lah. Tu yang shoppingkejap je melayang 2 3 ratus sekelip mata. Hehehe... Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan list barang nak beli. Tak ada dalamlist, tak boleh ambil!! Dah la berjam-jam pusing. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masuk shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, menyesal gila kahwin...

Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-maca fesyen la boleh buat. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak ada orang sound. Tapi sekarang, panjang sikit je kena sound, panjang sikit je kene sound. Dia kata tak hensem la, tak kemas la. Kalau tak potong, dia tanak gosokkan baju aku pulak. Haisshh...

Ada satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ada la seorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pun terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta pula bini aku (mentang-mentang la aku hensem). Apa lagi, menjerit la aku kat situ. Kena buli lagi..

Maunya tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi. Arghh, first time rasa malu gila macamtu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit sangat bini aku cubit. Huhu... Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha...

Tapi yang bestnya, skarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri. Sume dah ready made. Hehe... Bab-bab gosok baju ni memang aku tak berapa pandai. Kalau dulu masa belum kahwin, skali gosok baju, sebulan aku pakai. Haha... Malas basuh sebab tanak gosok lagi! (Oppss kantoi). Lepastu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang, hehehe..

Lagi yang best, time aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je. Ya lah, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe... Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis..

Lepastu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun lah. Maklum lah dah ade 'PA'. Kalau banding dengan dulu, hmm.. Tak produktif sangat lah kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Qur’an. Hmm, sejuk hatiku dapat isteri macam dia. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat,
Boleh la abang bangun awal-awal pagi,
Kemudian kita solat Subuh sama-sama.

Tapi kalu abang tak bangun juga;
Sayang cubit je peha abang,
Abang tak akan murka,
Lagi abang bertambah sayang

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana jaga makan minum abang,
Tengok sekarang abang dah nak gemuk dah,
Tak ada lah kurus je macam mula-mula kahwin dulu.

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ye?
Jangan bimbang atau ragu okay.
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang

Buat isteriku yang comel dan tercinta;
Terima kasih kerana tolong gosok baju abang,
Sebab abang memang allergic sikit bab gosok baju,
Jangan risau lah nanti abang potong rambut

Sekarang abang dah tak selekeh macam dulu,
Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang,
Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga,
Argghh, menyesal gila kawin LAMBAT!!!

p/s: Cerita ini tidak ada kena mengena dengan penulis, penulis masih lagi seorang yang selekeh.


You Might Also Like

0 007 comments

Flickr Images

Follow Us