Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Apa Khabar Semua...

Apa Khabar Semua...

101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara & Hos TV Versatil... Ko Hado????

4:46:00 PTG

101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara & Hos TV Versatil


Pendahuluan

Pengacara majlis, atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘Master of Ceremony’, atau lebih singkat dipanggil ‘emcee’ diibaratkan sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis.

Fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis dan mengawal agar majlis berjalan dengan lancar. Pengacara juga bertindak sebagai ‘image creator’ yang mewakili hos sesuatu majlis itu.

Pengacara harus bersifat versatil, iaitu dia mampu membentuk mood sesuatu majlis seperti yang dikehendaki oleh hos. Andaikata hos menginginkan majlis tersebut menjadi penuh formal dan beradab, seseorang pengacara harus bijak untuk mengemudi majlis dan mengawal hadirin yang datang supaya tidak tersasar dari imej majlis yang dinginkan oleh hos tersebut.

Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang pengacara yang baik, namun, hal ini bukan sesuatu yang mustahil. Jika anda tahu cara-cara dan taktiknya, anda mungkin akan mengatakan bahawa tugas ini sesuatu yang senang.

Berikut dihidangkan soalan-soalan yang mungkin menjadi tanda tanya dan diharap jawapan yang disediakan mampu memberi keyakinan diri kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk menjadi seorang pengacara.

Kandungan

Pendahuluan

Personaliti dan Penampilan Seseorang Pengacara

1. Apakah ciri utama yang harus ada pada seseorang untuk menjadi pengacara?

2. Adakah bentuk fizikal seseorang itu penting?

3. Bagaimanakah pula dengan suara?

4. Bagaimanakah caranya untuk mengawal suara agar lebih menonjol?

5. Perlukah anda bercakap dengan cepat untuk membuktikan kelancaran anda bercakap?

6. Apakah teknik-teknik vokal yang perlu diketahui?

7. Apakah pakaian yang sesuai?

8. Bolehkah seseorang pengacara majlis memakai pakaian yang sama sepanjang majlis berlangsung?

9. Bilakah masa yang sesuai untuk menukar pakaian?

10. Adakah perlu untuk memberitahu hadirin bahawa anda ingin menukar pakaian?

11. Perlukah seseorang pengacara majlis itu memilih warna yang terang supaya mudah dilihat oleh orang?

12. Adakah pengacara perlu berpakaian sedondon dengan subjek yang akan diraikan?

13. Bagaimanakah pula dengan gaya rambut?

14. Sekiranya warna rambut tidak sesuai, bagaimanakah caranya untuk mengurangkan tumpuan orang pada rambut anda?

15. Sekiranya seseorang pengacara majlis memakai tudung, adakah perlu untuk menggayakan tudung dengan cara yang berbeza?


Penerimaan Tawaran Menjadi Pengacara

16. Bilakah majlis tersebut akan berlangsung?

17. Di manakah majlis tersebut akan diadakan?

18. Apakah tema majlis?

19. Apakah kod pakaian?

20. Siapakah tetamu kehormat?

21. Berapa lamakah majlis tersebut dijangka berlangsung?

22. Apakah bahasa pengantara yang akan digunakan?

23. Adakah skrip disediakan?

24. Bagaimanakah cara duduk majlis (seating arrangement)?

25. Berapa orangkah pengacara majlis yang akan disediakan?

26. Perlukah disediakan muzik latar?

27. Siapakah penaja majlis tersebut?

28. Apakah yang diperlukan daripada anda sebagai pengacara?

29. Adakah sebarang syarat dikenakan?

30. Berapakah bayaran yang ditawarkan?

31. Tema yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan majlis. Adakah perlu anda memberikan cadangan atau buah fikiran anda kepada hos?

32. Bagaimanakah untuk mempengaruhi hos agar memilih anda menjadi pengacara majlis?

33. Sekiranya bayaran yang ditawarkan kurang sesuai, bagaimanakah caranya untuk anda berunding?

Persediaan Sebelum Bermulanya Tugas Sebagai Pengacara

34. Apakah yang perlu anda lakukan setelah menerima tawaran sebagai pengacara majlis?

35. Dalam majlis perkahwinan, jika anda diminta membuat ucapan tentang mempelai, apakah persediaan yang harus anda lakukan?

36. Bilakah masa yang sesuai untuk seseorang pengacara majlis itu datang?

37. Apakah yang perlu anda lakukan sesudah tiba di tempat majlis?

38. Perlukah anda mengenalkan diri anda kepada orang lain yang ada di situ?

39. Adakah anda perlu mendapatkan senarai terbaru hadirin?

40. Di manakah tempat yang sesuai bagi anda duduk sebelum majlis bermula?

41. Apakah latihan yang perlu anda lakukan untuk melancarkan majlis atau rancangan?

42. Adakah anda perlu menyebut nama semua kenamaan yang hadir?

43. Perlukah anda mengenali tetamu kehormat?

44. Apakah persediaan lain yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan majlis tersebut?

45. Perlukah anda menyediakan ‘timer’?

46. Adakah anda perlu mengetahui arah dan cara masuk tetamu kehormat terlebih dahulu?

Mengacarakan Majlis Atau Rancangan

47. Bagaimanakah untuk memulakan sesuatu majlis formal?

48. Bagaimanakah pula untuk memulakan majlis separa formal dan tidak formal?

49. Di manakah tempat yang sesuai bagi anda berdiri?

50. Sekiranya majlis tersebut dirakamkan, perlukah anda memandang pada kamera?

51. Sekiranya majlis tersebut melibatkan penglibatan pihak lain, apakah yang perlu anda lakukan?

52. Perlukah anda mengenalkan hos majlis kepada semua hadirin?

53. Perlukah anda menerangkan kepada hadirin tujuan majlis tersebut diadakan?

54. Bagaimanakah anda mempersilakan tetamu kehormat untuk menyampaikan sepatah dua kata?

55. Apakah yang perlu anda katakan selepas tetamu kehormat dan tuan rumah selesai menyampaikan ucapan?

56. Mengapakah anda tidak perlu mengulas kembali ucapan yang dibuat?

57. Apakah yang perlu anda lakukan semasa tetamu sedang berucap?

58. Bagaimanakah untuk mengawal majlis yang bising semasa tetamu sedang menyampaikan ucapan?

59. Bagaimanakah untuk memberitahu tetamu yang sedang menyampaikan ucapan bahawa masa telah tamat dan dia harus memberikan laluan kepada acara seterusnya?

60. Sekiranya teks ucapan terdapat kesilapan fakta, bagaimanakah cara anda membetulkannya?

61. Adakah anda perlu berkenalan dengan artis/pihak yang bakal membuat persembahan?

62. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terdapat kerosakan teknikal, seperti sistem bunyi dan sebagainya?

63. Adakah anda dibenarkan untuk ketawa sekiranya terdapat sesuatu yang lucu?

64. Bagaimanakah untuk anda meneruskan acara seterusnya?

65. Bagaimanakah untuk menambah variasi dalam gaya penyampaian agar tidak membosankan?

66. Sekiranya masa bagi setiap persembahan adalah terhad, bagaimanakah cara untuk anda mengawalnya agar tidak terlalu panjang?

67. Jika anda mengacarakan majlis makan malam atau perkahwinan, apakah yang perlu anda lakukan semasa hadirin sedang menjamu selera?

68. Sekiranya majlis yang diacarakan mempunyai ramai hadirin yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, bagaimanakah anda menguruskannya?

69. Perlukah anda membuat jenaka semasa mengacarakan majlis?

70. Apakah yang harus anda lakukan sekiranya terdapat pertukaran atur cara majlis?

71. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan respon daripada hadirin?

72. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda memanggil salah seorang hadirin untuk naik ke pentas secara tidak rela?

73. Bagaimanakah pula caranya untuk mengendalikan hadirin yang tidak mahu turun dari pentas?

74. Bagaimanakah anda mengendalikan satu persembahan yang amat membosankan?

75. Apakah yang perlu anda lakukan jika anda berasa marah atau seseorang menaikkan kemarahan anda dengan sengaja?

76. Apakah yang perlu anda lakukan jika penonton bersikap membaling objek ke arah anda atau penyanyi jemputan anda?

77. Bagaimanakah cara yang efektif bagi anda mengendalikan acara yang melibatkan ramai hadirin dan banyak meja?

78. Bagaimanakah caranya untuk menguruskan tetamu VIP agar mereka tidak berasa tersisih?

79. Adakah wajar tetamu VIP diajak ke atas pentas semasa permainan?

80. Dalam majlis yang anda acarakan terdapat banyak pementasan yang banyak melibatkan prop yang mengambil masa untuk disediakan. Apakah yang perlu anda lakukan semasa proses penyediaan prop?

81. Semasa majlis sedang berlangsung, anda dihampiri oleh penyelia bangunan atau hotel untuk meminta anda membuat pengumuman bagi pihak mereka. Wajarkah anda menurut?

82. Terdapat satu persembahan daripada artis terkenal sebagai tetamu istimewa. Setelah selesai persembahan, para hadirin sebulat suara berteriak meminta sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan (encore). Apakah tindakan anda?

83. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya artis tersebut enggan untuk muncul semula?

84. Bagaimanakah pula untuk mengendalikan penyanyi yang tidak mahu berhenti menyanyi walaupun masanya telah tamat?

85. Apakah perkara yang tidak boleh disebut di atas pentas?

86. Perlukah anda meminta kebenaran daripada artis atau tetamu jemputan untuk bertanya soalan sebelum majlis bermula?

87. Setelah anda mempersilakan acara seterusnya, pihak terbabit tidak muncul di pentas. Apakah yang perlu anda lakukan?

88. Apakah perkara yang perlu diambil perhatian semasa anda bercakap di hadapan hadirin?

89. Terdapat sedikit masalah dalam atur cara dan anda perlu berbincang dengan hos. Bagaimanakah anda melakukannya?

90. Adakah anda perlu memperkenalkan pemuzik latar kepada hadirin?

91. Bolehkah anda bercakap semasa lagu sedang dimainkan?

92. Bagaimanakah untuk anda mempengaruhi hadirin supaya bersetuju dengan pendapat anda?

93. Sebagai seorang pengacara majlis, apakah yang boleh anda lakukan sekiranya makanan lewat dihidangkan?

94. Anda dimaklumkan bahawa makanan tidak mencukupi dan memerlukan masa untuk memasak semula. Apakah reaksi anda kepada hadirin supaya maruah hos tidak terjejas?

95. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan?

96. Dalam sesebuah majlis, pasti banyak sukarelawan yang telah bersusah payah membantu anda dan penganjur untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Bagaimanakah anda mengucapkan terima kasih kepada mereka?

97. Bagaimanakah caranya untuk anda menutup majlis?

98. Apakah kesalahan-kesalahan yang lazimnya dilakukan oleh pengacara majlis?

99. Bagaimanakah caranya untuk menjadi pengacara yang baik?

100. Apakah perkara yang dapat membantu anda untuk memastikan bahawa anda berjaya dalam tugas anda sebagai pengacara?

101. Apakah perkara yang pasti membuatkan anda gagal?

Tip Sebagai Hos Rancangan TV

102. Apakah kebaikan rancangan/siaran secara langsung?

103. Apakah keburukan rancangan/siaran secara langsung?

104. Bagaimanakah untuk mengekalkan suara anda agar sentiasa konsisten?

105. Bagaimanakah untuk mengendalikan rancangan yang mempunyai lebih daripada seorang hos?

106. Bagaimanakah untuk memilih topik-topik hangat untuk dihidangkan kepada penonton?

107. Bagaimanakah untuk mendapatkan reaksi daripada penonton dan menggalakkan penonton menelefon semasa rancangan anda disiarkan?

108. Bagaimanakah untuk menggalakkan penonton supaya menelefon tanpa menunjukkan bahawa anda terdesak?

109. Bagaimanakah untuk mengawal pemanggil supaya tidak bercakap meleret-leret?

110. Bagaimanakah melayan panggilan penonton yang sedang marah?

111. Bagaimanakah untuk memastikan penonton mengikuti rancangan anda seterusnya?

Penutup


Maklumat lanjut tentang buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.





You Might Also Like

0 007 comments

Flickr Images

Follow Us