Hari yang paling menakutkan dalam hidupku adalah pada hari Sabtu lepas bila anak terunaku yang berusia setahun 11 bulan ini diserang demam dan bukan itu sahaja.. dia diserang sawan tarik.. yang sememangnya mengundang suatu perasaan yang begitu menakutkan dalam kehidupanku...
AD admit ward kul 3 pagi.. aku dengan berkain batik jerk pergi HKL tuh.. tak sempat salin pakaian.. itu pun bajuku dah basah lencun..
AD tengah tido.. semalaman dia tak tido.. kesian dia...
Selepas bangun pagi.. badan dah sejuk sikit... tunggu doktor masuk.. tak sabar nak balik umah... boring wei dok spital nih..
pada hari Jumaat, Adam Danish (AD) demam.. tapi badannya takder la panas sangat.. biasa-biasa jerk.. kul 7 malam aku bagi dia ubat.. n then dia makan nasi.. minum susu.. kul 9 mlm dia tidur.. aku lak letih pulak malam tu.. tertidur sama la sebelah dia... jam 11 aku tersedar sebab dia terbangun.. aku ambik dia letak atas riba.. tiba-tiba jerk dia terus kejang... aku apa lagi.. meraung la... terus aku bawak dia masuk bilik air dan mandikan dia... dia kancing gigi.. aku dengan tanpa sedar memasukkan ibu jari utk dia gigit.. aku tak mau dia gigit lidah dia... dia dalam keadaan tak sedar dengan mata terbeliak ke atas dalam masa lebih 5 minit.. pastu aku call babah dia dan masa babah dia balik pun still lum sedar sepenuhnya... kesian anak aku... rasa aku betul2 tak berdaya bila diuji seperti itu oleh ALLAH.. luluh hatiku tengok dia dalam keadaan yang sebetulnya aku tak jangka...
pastu lepas babah dia baca ayat kursi dan hembus dengan kuat.. dia sedar dan mula menangis.. kaki dia sakit sebab dia kejang tadi.. kami ke Klinik Kita kat Sentul dan mmg siot doktor yang bertugas malam tu.. dia leh relaks jerk.. kami ni kira gelabah semacam laa.. dia takder la sentuh ker apa ker kat anak kami.. just letak jangka suhu dan pastu dia kata dia takleh cover kes cam ni.. ok laa.. tapi at least bagi la apa2 ubat yang leh kurangkan panas AD tuh.. pastu dia kata pergi la GH.. kami pun lepas ambik ubat terus ke GH kat kecemasan.. terus AD admit ward.. dok la sana semalaman.. hari Sabtu dah boleh balik umah.. kami monitor kat umah jerk laa.. aku lak MC 2 hari.. pastu semalam aku pi GH lagi.. cek darah AD lak.. doc kata takder apa2.. ok jerk... meraung AD bila darah dia di ambik... nampak sangat dia fobia ke hospital... semalam dapat time slip jerk.. tapi aku still tak ke opis.. anak aku lagi penting beb...