Assalamualaikum..
Apa Khabar Semua...
Bukan merungut.. bukan jugak putus asa.. cuma.. penat...
sampai bila la kerja kat opis nih nak abis ek??? ada jerk manjang... emmm...
babah dia kat sebelah cuma senyum jerk.....
mungkin masa tu aku letih.. takder apa yang boleh sabarkan aku dan masa tu jugak si setan ada bersama.. menghasut aku supaya marahkan adam.. naikkan darah aku... mmg betul setan la si setan nih... sampai aku terpedaya.. nauzubillah...
pastu.. aku rasa lapar... masukkan sup ayam dalam mangkuk.. sup tu babah adam belikan utk adam bersama dengan nasi goreng cina.. aku dah suapkan dia nasi goreng tu.. dah abis satu bungkus... tapi tang sup tu aku lupa lak nak kasi dia.. so.. kami makan la sama-sama...
lepas makan sup.. aku rembat roti kat dapur.. bakar jap pastu letak planta dan susu pekat.. sedap.. hehehe... ke laut la dahyet ahkak... hehehe.. pastu si kecik tu datang dapur... siap tanya.. mama watper? aku tunjukkan la roti kat dia.. dia nak roti lak.. siap letak hp aku kat sinki.. sib baik tak letak dalam itu sinki.. so, aku pun wat la roti planta tabur gula.. itu mmg favorite dia... diambilnya roti tu... dirams-ramas.. campak atas kain lap kaki!!!.. mana aku tak hangin satu badan.. dahla angin sepoi2 nak meroyan dah nak mula.. dia wat hal lak.. tapi aku sabar laa sebab aku dah kenyang... heheheh...
pastu, aku dok depan tv.. alih2 dia cakap nak roti lak.. waa.. ini suda lebeh... tadi aku bagi dia tak mau.. pastu bila aku landing depan tv siap nak buat kuak kupu2.. dia nak roti lak.. apa lagi.. halilintar membelah bumi laa... dia nangis.. tapi aku suruh dia shut your mouth.. dia diam tapi still esak tu kedengaran.. aku dengan lagak dugong malas terus ke dapur.. wat la roti cam biasa.. bagi dia.. dia ambik tapi tak nak makan lak... eeeeee.... sabar... sabar...
tapi.. pagi ni aku menyesal lak marah dia.. kesian dia... tapi sebelum tido malam tadi.. aku dah mintak sorry dengan dia.. dia dah cakap sayang mama.. siap kiss bagai.. eemm.. camtu la anak teruna ku.. mmg sentiasa membuatkan sabarku lari dan menghilang.. tapi dia pandai ambil hatiku balik.. of course la hug and kiss dia tu... siap cium seluruh muka tu..
hehehe... lakiku...
>>Berikut ini disenaraikan 10 tips bagaimana anda boleh menguruskan badan dan mengawal berat badan anda tanpa menggunakan ubat/bahan kimia. Jika anda mengamalkan apa yang disarankan, saya yakin pasti anda dapat merasai kesannya.
1. Jangan BerlaparMakanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makanMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehariAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismasimpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. Elakkan minum minuman yang bergasMinuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. Kurangkan pengambilan garamPengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garambermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. Ambil sarapan pagiAnda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. Makanlah dengan perlahan-lahanNikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secaraperlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecilKunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Kerap makanBiar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedisJika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.Berikut ini disenarikan 15 lagi tips untuk kuruskan badan anda secara semulajadi tanpa menggunakan apa-apa ubat/bahan kimia.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurusRamai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing..
>>Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
>>Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
>>Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
>>Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
>>Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Program Satu Komuniti Satu Koperasi @ lebih senang disebut sebagai 1K1K telah di anjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertempat di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor pada 8 mac 2010... majlis dirasmikan oleh YAB TPM...
aku ditugaskan sebagai urusetia @ penyambut tetamu kat sana.. meriah weh.. ramai gak la jumpa member2 sebab semua koperator dari seluruh Malaysia datang meramaikan majlis...
Blog aku dah boleh upload gambar dah... sebab??? aku guna lappy.. layan wifi... kalau tak.. takder la gambar2 tu semua nak ada kat blog aku..
hehehe..
Waa... bila blogspot kat opis ni boleh access... aku lak takder idea... pastu.. banyak lak gambar2 yang aku tak update tertinggal kat umah.. ada dlm kamera... yang dlm h/p semua aku dah delete.. yang tinggal hanyalah gambar2 budak kecik tu jerk.. si adam danish laa..
apa2 hal.. aku leh la jalan2 kat blog2 korang yang mmg dah berkurun aku tak jengah... mmg la aku ni bukan member korang.. (korang yg tak kenal ngan aku dan tak berminat nak jengah blog aku) tapi aku suka jenguk blog2 korang.. baca apa saja.. yang baik jadi tauladan dan yang buruk jadi sempadan...
boleh????
Sebenarnya...
aku selalu baca blog kawan2 yang bercerita tentang detox... tapi.. aku tak pernah wat detox...
korang2 pernah tak wat detox?? leh ajar tak???