Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Apa Khabar Semua...

Apa Khabar Semua...

Mak masak sedap...

2:13:00 PTG

Assalamualaikum...

Ini saja nak tunjuk makanan kg yang jadi kegemaran:

(1)


 kuih ni aku buat sendiri... kepek idung (puteri mandi)
nak resepi? ok.. salin yer...
 
Bahan2 dia... untuk doh tepung
 
1. 1kg tepung pulut
2. 2-3 sudu tepung gandum
3. air secukupnya.. untuk uli..
4. sedikit garam dlm setengah sudu je
5. seperiuk air (agak2 je.. periuk kecik pun ok)
 
Cara2 dia..
uli tepung (pulut + gandum) dengan air... letak setengah sudu garam
jangan lembik sgt.. sedang2 boleh gentel bulat je..
sambil2 tu didihkan air dulu...
lepas gentel bulat.. tekan dengan ibu jari dan jari telunjuk.. dia kemek kat tengah..
then campak dalam air mendidih.. dia akan timbul jika dah masak...
 
Bahan untuk salutan kelapa
1. kelapa parut sebiji
2. gula melaka 2 keping
3. daun pandang 2 helai
 
caranya..
masakkan gula Melaka dengan sedikit air dlm periuk.. dah hancur.. letak daun pandan.. masukkan kelapa.. kacau sampai kering sedikit..
 
tepung yang dah masak tadi.. masa panas2 tu masukkan dalam salutan kelapa..
gaul sebati..
siap..
boleh makan..
 
bawah ni plak.. kuih butir nako...
 




adunan tepung sama cam buat kepek idung
cuma ianya digentel memanjang sikit.. mcm biji nangka tu..
 
kuah dia plak..
 
santan
gula Melaka/gula pasir
garam skit
nak letak halba pun boleh.. kalau takder.. letak je serai.. boleh jer..
masak hingga mendidih..
 
cara dia sama je cam masak kepek idung.. doh digentel.. campak terus dlm santan tu pun boleh..
timbul2 tu dah masak ler..

(2)


ikan sepat goreng...
adik bawak balik dari perak..
sedap wei.. goreng garing2...

(3)

 
balik kg.. tak sah kalau tak makan sup belut..
mak masak sup belut terbaik..
sup yg masak terlupa snap plak..

(4)

 belimbing buluh..
masak sardin letak belimbing
masak gulai letak belimbing..
sedap...


You Might Also Like

0 007 comments

Flickr Images

Follow Us