Tips: Kiraan Hari Subur..
5:45:00 PTGHye... Assalamualaikum.. selamat petang semua.. hamboiii.. rajin pulak mak jemah dok update blog skrg ni..
ok.. nak kongsi sikit tips hari ni.. bersama-sama la kita fahami dan cuba praktikkan.. almaklumler.. weolss ni tgh dok usaha nak dapatkan bb lagi.. Adam tu dah besar.. dah 9 tahun dowh..
dah besar dowh.. mmg boleh harap dah ni kalau suruh jaga adik...
tahun sblm ni dia dah excited bila aku mengandung.. tapi tak kesampaian sbb aku keguguran pada Disember 2013..
so.. kena usaha lebih ler ni kalau insist nak bb lagi...
Jom.. kita kira hari subur...
KIRAAN HARI SUBUR
Perlu ada 3 perkara:
1. Tarikh hari pertama period selama 3 bulan berturut-turut
2. kira purata kitaran haid
Cara:
- Jumlahkan dan bahagi tiga. Kira jangkaan tarikh period akan datang
- Kira hari subur iaitu hari ke 14 sebelum period akan datang
- Disarankan bersama pasangan 5 kali selang 2 hari: 2 kali sebelum hari subur, tarikh hari subur dan 2 kali selepas hari subur
- Contoh: Tarikh hari haid pertama selama 3 bulan (23 April. 21 Mei, 17 Jun, 14 Julai)
Kiraan:
- 23/4 hingga 20/5= kitaran 28 hari
- 21/5 hingga 16/6= kitaran 27 hari
- 17/6 hingga 13/7=kitaran 27 hari
- 14/7 period *purata 27 hari
faham ke idak? uolss baca dulu yer... bermanfaat tips ni.. iolls pun nak praktikkan..
0 007 comments