Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Apa Khabar Semua...

Apa Khabar Semua...

**Tazkirah Pagi.. Ramadhan**

9:13:00 PG

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.


Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.
 
 
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:


i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.

ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.

iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.

v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.




You Might Also Like

0 007 comments

Flickr Images

Follow Us